11.10.08
Posted in aktiviti, buah pikiran, lu bleh pk x? at 6:52 pm by jac
nah.
aku nk share ngan korang.
pk x pk.lu pnye pasal.
**
Jodoh Yang Sekufu
Alia terus sahaja berborak didalam komputer. Kadang-kadang dengan budak Mesir, Cairo, Pakistan, Kaherah, Budak tahfiz dan juga kolej Islam tempatan. Sememangnya chatting adalah salah satu yang sangat popular dalam internet. Sebab itu Alia tidak melepaskan peluang untuk menggunakan sepenuhnya CC yang berdekatan dengan tempatnya belajar, Biasanya channel surau menjadi pilihannya. Alia adalah seorang pelajar tahun 3 di UUM, berumur 21 dan mengambil jurusan perakaunan. Dia juga seorang pelajar yang mempunyai kefahaman Islam yang mendalam dan cemerlang dalam pelajarannya..
Dapat aja budak dari Timur Tengah atau popular dengan nama ardhu khinanah, maka mulalah Alia mengeluarkan butir-butir kata yang selalu didengar atau didapatinya dari usrah, ceramah ataupun tazkirah disurau di universitinya. Persis seorang ustazah. Selalunya Alia akan menggunakan nick Raudahtul Jannah kerana Alia mengharapkan chatting itu akan dapat dimanfaatkan untuk menjadi tempat mencari ilmu yakni majlis ilmu.
Bukankah ada sabda hadrat Rasulullah saw kepada para sahabat r. a bahawa majlis ilmu itu adalah salah satu taman disyurga. Jadi sebab itulah Alia menggunakan nick Raudahtul Jannah yang bermaksud taman di syurga. Ramai juga yang mendapat alamat email Alia. Ada yang memang minta dan ada juga yang sengaja diberi oleh Alia. Mudah-mudahan mereka boleh memberi nasihat atau tazkirah kepadanya melalui email. Dan kemudian bolehlah Alia menyampaikan apa yang diperolehinya melalui emailnya kepada anak2 usrahnya sesuai dgn hadis hadrat Nabi saw mafhumnya; Sampaikan dariku walau sepotong ayat…
Penuhlah ruang emailnya dengan email dari pelajar2 dari Al-Azhar, Yaman, Pakistan, Sudan, dan dari Malaysia sendiri. Semuanya pelajar bidang agama dan beberapanya adalah dari sekolah tahfiz dan seorang pelajar Shoubra di Mesir yang mana disitu adalah tempat pelajar yang menghafal Quran.
Arif Alimun yang berasal dari Selangor adalah satu-satunya pelajar Shoubra yang turut memberi respon kepada email Alia. Berumur 25 tahun dan alhamdulillah telah menghafal 30 juzuk dari Al-Quran. Kesopanan bahasa Alia yang berbentuk nasihat dalam emailnya telah mendorong Arif Alimun untuk meluahkan rasa hatinya terhadap Alia. Sebenarnya sudah menjadi kebiasaan bagi Alia untuk menulis dalam bentuk motivasi dan nasihat kerana dia adalah salah seorang naqibah di Universitinya.
Alia amat bersyukur kerana ditemukan dengan lelaki seperti yang selalu didoakannya selama ini setiap kali selepas solat. Lelaki yang berilmu , beriman, beramal dan melibatkan diri dalam gerakan jemaah Islam agar dapat membimbing dirinya agar menjadi wanita solehah dan istiqamah sebagai sayap kiri perjuangan. Mudah-mudahan dia memperolehi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Lebih menggembirakan Arif Alimun adalah seorang Al-Hafiz Quran. Tidak sudah-sudah Alia membuat sujud syukur.
Proses demi proses telah pun berlalu. Mula-mula bertaaruf dengan lebih lanjut, menghantar gambar dan kemudian proses akhir istikharah untuk menentukan samada bolehkah perhubungan ini diteruskan. Keesokkan harinya dengan penuh rasa tidak sabar bercampur gembira Alia membuka emailnya. Hari ini Arif Alimun hendak memberitahu keputusan istikharahnya. Keputusan Alia sudah positif. Tetapi keputusan istikharah Alia bukanlah diperolehi melalui mimpi tetapi melalui gerak hatinya yang mempunyai keyakinan kuat bahawa jodohnya adalah dengan Arif Alimun. Lagipun kalau ikut Islam jika hanya ada seorang sahaja lelaki yang approach kita dan lelaki itu adalah lelaki mukmin maka haruslah diterima, tidak perlu istikharah pun tak mengapa.
Kerana istikharah itu sebenarnya untuk mereka yang didalam dilemma. Mempunyai dua pilihan yang kedua-duanya mukmin dan tidak tahu hendak memilih antara keduanya; (Maka tatkala itulah memerlukan pertolongan petunjuk dari Allah yang mana satu membawa akibat baik bagi diri, agama dan kehidupan pada masa sekarang dan masa akan datang..) bisik Alia kepada hatinya.
Namun email hari itu sedikit menghampakan Alia kerana Arif Alimun tidak memberikan jawapan istikharahnya. Tulisnya dalam email itu ;Belum dapat apa-apa petanda. Setiap kali membalas email Arif Alimun, Alia akan bertanya keputusan istikharah Arif Alimun namun setiap kali itu jugalah dia akan menerima ayat Quran atau hadis hadrat Nabi saw yang menyatakan tentang kelebihan bersabar..
Masuk bulan ini sudah hampir 9 bulan Alia meneruskan hubungannya dengan Arif Alimun. Dan dalam tempoh itu mereka sering berbalas email dan Arif Alimun pernah menelefonnya dari Mesir. Bunga-bunga kecintaan mereka semakin mekar dan berkembang. Tidak sabar Alia hendak menunggu kepulangan Arif Alimun dari Mesir. Dan bulan depan Arif Alimun akan pulang ke Malaysia. Keputusan jayyid yang diterimanya telah melayakkan dia untuk pulang ke tanah air.
Hari ini Arif Alimun yang berada dirumahnya di Banting menelefon Alia yang pada masa itu berada dirumahnya di bangi. Kebetulan UUM pada masa itu cuti. Belum pun sempat Alia menanyakan apa-apa, Arif Alimun telah memotong percakapannya. Dengan penuh tenang Arif Alimun telah menyatakan sesuatu yang Alia tunggu selama ini, namun isi kandungannya tidaklah seperti yang diharapkan oleh Alia selama ini.
Alia… Arif Alimun menarik nafas panjang… maafkan abang.. jawapannya nagatif Alia. Sebenarnya semasa abang di Shoubra dulu abang telah memperolehi jawapan negatif tetapi abang masih lagi berdoa agar jodoh kita sampai. Namun petunjuk yang diperolehi bertambah keruh.. Alia.. tidak ada siapa yang dapat mengubah takdir Allah.. InsyaAllah nanti mungkin akan ada seorang lelaki yang lebih baik dari abang yang akan memenuhi ruang hati Alia. Itulah doa abang utk Alia.. Sampaikan salam abang kepada emak dan ayah Alia dgn lafaz Assalammualaikum.. dan sampaikan juga minta maaf dari abang buat mereka.. Alia .. kita hanya merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Hancurlah hati seorang yang bernama wanita yang mana sememangnya sifat hati kaum Hawa ini sensitif.. Tewaslah matanya dari menahan air matanya untuk tidak tumpah membasahi pipinya yang licin dan putih melepak itu.. akhirnya Alia pasrah dan redha dengan ketentuan Allah buatnya..
Hari ini rumah kedua orang tua Alia mengadakan walimahtul urus.. Alia akan diijabkabulkan pada pukul 2.00 petang ini dimasjid jamek ditaman rumahnya bersama seorang pemuda yang baru pulang dari United Kingdom. Muhammad Haza Azmi bin Abdullah adalah seorang pelajar jurusan Computer Engineering yang melanjutkan pelajarannya di Oversea. Dahulunya bekas pelajar Univesiti Malaya yang aktif dalam gerakan persatuan jemaah Islam di universitinya…
Alhamdulillah Haza juga istiqamah dan aktif dalam jemaah semasa di United Kingdom. Sekurang-kurangnya Alia masih lagi boleh istiqamah sebagai sayap kiri perjuangan Islam setelah berkahwin dengannya… Lamunan Alia lenyap sejurus sahaja kompang dipalu.. Rombongan pengantin lelaki sudahpun sampai dan sekejap lagi Alia akan ke masjid untuk upacara ijab kabul. Dan dikala itu Alia mengesat air matanya sambil meletak kembali kad jemputan perkahwinan Arif Alimun yang telah berusia setahun lebih itu. Usia kad itu telah mengingatkan Alia akan perkahwinan Arif Alimun dengan seorang muslimat yang baru balik dari Kaherah yang juga seorang Hafizah Al-Quran.. Dan perkahwinan mereka sudah berusia sama dengan kad berwarna merah jambu lembut itu.. Alia mengesat air matanya yang sudah banyak tumpah membasahi pipinya dan telah menghilangkan bedak dipipinya.. Kemudian Alia menyapukan kembali bedak dipipinya. Itu sahaja yang dipakainya kerana Alia tahu akan haramnya tabarruj.
Sewaktu Alia diiringi keluar, dia sudah nampak rombongan yang datang dari jauh.. Kemudian dia mencari-cari wajah bakal suaminya. Tatkala terlihat saja wajah Haza, pada masa itulah Alia sudah membuang jauh semua kenangannya bersama Arif Alimun…. Semuanya… kerana pada saat dan detik itu Hazalah yang memenuhi segenap ruang isi hatinya nalurinya. Dia hendak menjadi isteri yang solehah kepada Haza.. Dia mahu menyintai Haza sepenuhnya sebagai kekasihnya didunia dan diharapkan dapat menjadi perantaraan buat kekasihnya yang kekal abadi yakni Allah Taala..
Tapi Tuhan saja yang tahu sejauh mana kekuatan Alia untuk menolak semua kenangannya sewaktu bersama Arif Alimun.. cinta pertamanya yang mana suatu ketika dahulu dia pernah berharap menjadi pelamin hidupnya.. Semua itu hancur sekelip mata bilamana itulah kehendak Allah terhadap makhluknya… namun Alia pasrah dan redha dengan keputusan Allah buatnya.. Dia yakin ada hikmah disebaliknya… dan dia juga yakin Hazalah yang akan memabwa akibat baik bagi dirinya, agamanya dan kehidupannya pada masa sekarang dan pada masa akan datang..
Alia cuba mengukir sekuntum senyuman pengantin buat Haza.. dia tahu Haza sedang memerhati kearahnya.. Dia mahu memaparkan wajah yang gembira menyambut kehadiran Haza didalam hatinya dgn penuh keikhlasan.. pada masa itu dgn rahmat Allah turun rasa mahabbah yang mendalam dalam dirinya terhadap Haza… Arif Alimun sudah dilupakan tatkala itu dan mungkin untuk selama-lamanya… sebagai isteri solehah, Alia sudah tidak boleh mengingati lelaki lain… Upacara ijab kabul telah berjalan lancar dan kini Alia dan Haza sudah sah sebagai suami isteri.. Tatkala kedua pengantin itu berjalan berpimpinan tangan menuju ke rumah, terdetiklah dihati Alia… memang benarlah kita ini perlu mencari jodoh yang sekufu…..
Permalink
11.08.08
Posted in cintan at 3:05 pm by jac
yang,
berikan aku ruang
untuk aku bernafas
di dalam lautan cintamu
untuk aku berfikir selain mu
jangan biarkan aku
lemas dalam rangkulan
rindu yang tercipta
antara kita
kerna kau dan aku
saling mencinta
saling merindu
dalam rasa yang kian
tak tertanggung
rasa yang kian
memupuk dalam jiwa
perasaan indah
di kala bahagia
yang tak mampu
di ungkap semata
perlukan sentuhan
perlukan belaian,
kita sama.
aku pasti.
pasti!
Permalink
11.06.08
Posted in aktiviti, fwenship, ma appreciation at 7:08 am by jac

kad beday.ade rpe ke?
**********
hihi.
beday card yg paleng laju pernah buat.
xpayah gam.xpayah kertas kaler.
sume nye dhujung jari.heh!
td ngah stadi BS.tbe2 tgk jam da pkol 12.
alamak.nak msg tp sen dalam 2 xckp nk msg org yg bukan actve 10.
hmm..berlari2 ank ke blek meen.
tnye da wish beday intan x?meen kte da..
huhu.sdeh.
tp nk ckp thanx kat meen coz da tolong wish kan.
i’m the lucky 9.haish..
da kua tajuk..ok?
****
to intan,
hepi beday to u,
hepi beday to u,
hepi beday to intan,
hepi beday to u.
may all ur wish come true.
good luck in our future weh!
i laf u.
friend forever!
**
notahujungkaki:tbe2 prasan yg aku xbnyk gmbar ngan ko babe!pasni kne keje keras la amek gmbr.
Permalink
11.05.08
Posted in aktiviti, wut i feel at 4:42 pm by jac

oh..chentaku!huk2

awk neyh.. smart lah!

hmm..awk ni hensem lah!

janjjjji…jge awk elok2 pnye lah!

hmm..yg ni pn ok je!xkesah pn..
**
da lama da idam keta neyh.
cantek n smart.
kan2?
aku perasan yg keta neyh cm seswai je ngan aku..
kecik cm bakal tuan die gak..(heh!)
smart x?
ah, aku xpedulik ape org nk kte..
yg penting aku nk beli keta neyh..
tp kalw bengap cne nk kumpul duet nk beli keta neyh..
haish..(think)
..wink..wink..
**
“yg…nak keta neyh..stu je..yg kaler puteh tu eh?xdapt skang pn xpe..janji time mak midah dtg umah pg2 nk nikah tu…keta ni tertonggok depan umah e…eh2??balut ngan reben kaler pink eh?kre cm hantaran la..yg laen xde pn xpe…eh?
“ha, ape?ok, xde hal?ni yg maken syg ni neyh..muah..”
**
ok.da setel.
nnt tuanku belikan.da xpayah sush2 kan otak nk blaja kuat2..HAHA
Permalink
11.04.08
Posted in buah pikiran, famili, lu bleh pk x? at 7:09 pm by jac
“aku xkan lepaskn hang walaw apepn jadik.ingt tu!mlaenkan aku mati…”
“hmm..aku pn sme.”
(dialog drama swasta)..
**
smalm ma aku call aku.terkejut aku yg tengah enak dibuai mimpi.
“long, pak itam husin ninggal….”
“ha, spe?”dalam kemamaian.
“pak itam husin..abah ojie..”
“bia btol…?”
“btol le.ni ma nk g kubr ni.nanti ma call blek..”
“okok”
**
apa yg aku ckp?cme stu perkataan yg aku mampu kua kn.
INNALILLAH..
dr Dia kte dtg, dr Die kte kembali..
aku memg terkejt.bru raya jumpa.salam2..sembang2.jernihkan ikatan yg lme keroh.memg btol kata org.jodoh pertemuan mati, sume dtangan Tuhan.xde spe dapat nk halang apa yg Die dah tetapkn.before laher lagi Dia da tetapkan nme kte.kerjaya kte.suami/isteri kte..tarekh mati pn da dtetapkn.
dr ma aku cte td.mak itam aku cm xbleh nk trima.menangis je.smalm time pas kbumi tu die terduduk tepi kubur tu.memang xmampu nk berdiri.then, mk aku n adek bradeknya@ pakcik n makcik aku tolong angkat die..spanjang kat umah b4 g kbumi 2, die plok je mayat tu..sadis nye.
FYI, pakitam aku meninggal sebb demam bese je.maik itam aku hantar die g klinik tgh hri smalm.n xsmpi klinik lagi, die da pergi.
sayu.
mak itam ngan pakitam aku sngt baek.walawpn ade krisis antra mreka adek bradek tp ble aku ngan sepupu2 aku dtg, elok je diorang layan..xde nk libatkan kmi yg xtau pape.
pakitam aku sngt syg kat mak itam aku..dlam rumah diorang yg besr 2 cme dhuni 3 org.bayangkan lah..pakitam+makitam n azie.sepupu aku yg asek memerap dalm blek n nk amek SPM next week.hmm
dlu makitam aku keje.tp pakitam aku sroh berhenti.dok umah..dalm 3 tahun gak la kot makitam aku da dok umah.dlu, time die keje.pakitam aku la yg masak, kemas umah, basuh baju.bila mkitam aku blek keje.tinggal makn n lipat baju.betapa bahagia nye diorang.smpi die da berhenti pn still pk itam aku yg buat sume keje2 tu.baek kan?ntah mne la nk jumpe sang suami yg sanggup lepaskan ego dan buat kerja sang isteri?sedangkan dsurh tolong pn sudah diungkit2 apatah lagi buat sume?
skang ni tinggal la mreka berdua, mkitam dan azie..memndangkan ank2 makitam aku yg laen ade komitmen maseng2…sngt sdeh.aku tbe2 je sayu hati..
**
aku terpk.sesyg mne pn kte pd kekasih hti kte.tentunya Allah lbeh syg kan die.apala gne berjanji setia.
apala guna ungkapan kau milik aku.xpun..ko, aku pnye..
kalw Die da tetpkan yg die akn tinggalkan kte.xde ape yg dapt kte buat.seuth mne pn janji yg kte buat.kalw ajal da smpi.xde spe yg bleh ubah..sehebat mne ubat dberi..seterer mane pn bomoh kte hantar.kalw xdiizinknNya.tetp xbleh.kte ni sume milik DIa.penumpang dibumi yg xsedar dek untung.
bila org yg slame ni nadi kekuatan kte.sumber kasih syg.tempat luah isi hati.skit pning djaga…punca nafkah..pergi scare tbe2.hati mne yg xsayu..kalw sket da lme mungkin lbeh mudah kte nk redha.
aku tbe2 terpk.cmne la aku nnt.
sedangkan kehilangan yg masih dijumpa pn aku da serabt.ntah bagaimana la nanti ble si die pergi menghadap tuhan.
apatah lagi kehilangan ibu dan ayah.aku belum bersedia.rmi dkalangan kwn2 aku yg dah xde ayah or ibu..aku xtau cne nk tros kan hidp andai dtakdrkan sbgitu.sumber kekuatan aku paling kuat ma n abah aku selepas Dia yg Satu.kedua tuanku…adek2 aku. dan keluarga aku.kawn2 aku yg sentiasa ade tetap xsme..mereka tmpt aku mengadu.biala aku sukakan hti mreka dengan kejayaan dan kebahagiaan aku dahulu.
ada jugak kawn2 aku yg parentsnye da xbersama pn da srabut aku tgk.aku pernah hamper merasai perasaan itu.tp Alhamdulillah, Allah xizinkan itu berlaku pada aku.
haish..ntah la..
xterjangka.
andai dberi plihan.kalw aku dtakdrkan berkluarga nanti.aku nk lihat sgale impian anak2 aku tercapai.kawenkan diorang, dapt tunaikn rukun islam kelima bersama sang suami.bru aku bersedia memnghadapNya..aku rela.bukan sebb aku nk sshkan hati org2 yg aku syg.tp aku tkt aku xde kekuatan nk terima andai aku yg ditinggalkan.
tp apakan daya.kte tiada pilihan.
apa2 pn,
Al-fatihah buat pakitam aku.
Permalink
11.02.08
Posted in wut i feel at 12:29 pm by jac
to all my dearest fren,
good luck final.
chaiyok!!
**************************************************************************************************
(iklan)
janji.
senang di ucap.
mudah dibina.
tetapi.
mahu melaksana?
semudah ungkapan kah?
tercarik hati,
bila janji di ingkar.
entah mengapa.
entah dimana silapnya.
tak mampu aku mencari.
notahujungkaki:Allah, beri aku kekuatan hati dan fikiran.
Permalink
Posted in buah pikiran, exam make me moody! at 5:49 am by jac
wah.xsedr aku rpenya da bnyk gak entry aku.hmm..bia pn bnyk mngart n kebelakangan ni aku sebok ngan kisah aku yg xpernah nak habes.crita2 yg meloyakan.
apa2 pn pndangan org, kt cni la medium aku luahkn ape yg aku rse.memandngkan xsume ape yg kte rse 2 sesuai dluah melalui kata2.so, aku decide better menaip kat lappy aku.
sempena entry yg ke-101.aku nk bg korang bce cerita ni.xde pape.sje nk tmbh2 entry.n if xkberatan ataupn nk rilis tension tyme2 blaja nk final ni, korang bg la comment sket k..
cerita ni aku amek kat stu laman web ni.godek2 skali smpi la kt cni.cm mnarek je..aku share la ngan korang.
nah.enjoy!
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu.
“Alangkah tak malunya lelaki ni¦.. dah la tak mintak dari aku¦. makan sama banyak dengan aku pulak tu¦Pencuri!! rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu, lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya.
Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar. kata hatinya dengan marah.
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.
Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi¦ getusnya.
Ya.. .biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.
notahujungkaki:hmmm..(think)
Permalink
Posted in cintan, wut i feel at 12:42 am by jac
rindu.
kat dia.
sungguh!
Permalink