03.28.09

bia dan ikt rentak dia

Posted in cintan, lagu la plak, lu bleh pk x? at 4:55 pm by jac

untuk mencintaimu
seventeen
apa yang harus aku lakukan
untuk membuat kau mencintaiku
segala upaya tlah kulakukan untukmuapa yang harus aku temukan
untuk membuat kau menyayangiku
inilah aku yang memilih kau untukku

reff:
karna aku mencintaimu
dan hatiku hanya untukmu
tak akan menyerah
dan takkan berhenti mencintaimu

ku berjuang dalam hidupku
untuk selalu memilikimu
seumur hidupku, setulus hatiku
hanya untukmu

repeat reff

seumur hidupku, setulus hatiku
ooohhhh

03.26.09

untuk dia

Posted in cintan, exam make me moody!, wut i feel at 6:02 pm by jac

Guris
by Twickheads

Ku percaya padamu
Menghulurkanmu
oh..tanganku
ku percaya padamu
ku turutimu
oh..hendakmu

kau mengkhianati aku
kau permainkan perasaanku
kau menikam dan meludahku
kau dekatkan
warnamu

sendiriku menangis
menangis dalam kekecewaan
ku sendiri
menangisku ku menangis
menangis dalam keseorangan
oh

sendiriku pelajari
pengalaman hidup sendiri
ku sendiri
relakan relakan
agarku mampu berdiri sendirian

03.25.09

aku ok

Posted in cintan, wut i feel at 5:04 pm by jac

ye, aku ok.

xtpu.

ntah la.dalam masa yang susah n pack cmni, musibah xkan lari dr hidp kte.waktu2 senang juga mungkin akan dilanda musibah tp rase yang diterima pasti berlainan.

sebagaimana pantai yang bakal terhakis, manusia juga cm2..sekuat mana rasa yang ada pastinya akan pudar.sedikit demi sedikt ataupn lebih malang lagi bila luntur sekaligus.sedihkan..kash terbina dengan payah, melembutkan hati untuk menerima seseorang bg aku bukan mudah.aku xtahu kalw kamu2 mudah membuka ruang n kepercayaan kat hati.

aku memng takut menrima kebenaran.xkesahla kebenaran tentang pe..result exam paling takut.tp sejauh mana kite lari dr mengetahui kebenaran tu ia tetap mengejar.mengejar dan mengejar hingga kita xmampu nk larikan diri lagi.. setiap kebenaran adalah benar.dan yang paling menyakitkan bila kebenaran tu diselindung.kononnya demi menjaga hati..lebih parah lagi sebenarnye kebenaran itu yang sebenarnye da di ketahui.

life is karma.pe yang kite buat kat orang xmustahil akan berlaku kat kite balek.n aku sedang melalui saat2 yang pernah aku lakukan dulu..jadi pasni b4 wt pape adelah lebh baek untuk aku pk pro n kontranye.spy aku xkecewa n bersedih atas apa yang ditetapkan.

manusia.pandai berjanji.berjanji setia.membina masa depan.merancang ape yang belum tentu terjadi.yang belum tentu tertulis di azali.pedih, kalw dlu nama sentiasa melekat di setiap masa depan dia.tp skang ntah mana di campak.mudah n senang di campak n dipungut.mahu, amek..xmahu abaikan..semudah melafazkan janji, semudah itu gak janji dibuang.seolah2 tiada janji itu wijud.

kekuatan yang diberi Allah kian berkurang..ntah mana kekutan yang ada..aku bersedih dan bersedih..

perempuan itu, knape skang?lepas kau tolak dia ketepi knp tbe2 kau datng semula.knape mesti aku yang terima kebenaran ni.

saat2 cmni, ada seorang yang pasti mampu menguatkan aku.dia yang sentiasa ada.dia yang sentiasa menyokong aku. dia yang slalu buat aku berpk baek.dia yang sentiasa membuat aku ketawa di saat2 duka..dia yang mengalah demi dia.aku rindu dia..sungguh.ntah mana dia menghilang, aku xpasti..aku rndu saat dlu bersama dia.aku sangat rindu die.

terabai dan tersisih.sungguh hina merasa sebegini..

gadis2..jom kite maen kejar2.nnt mesti aku lupa semua ni.supaya aku dapat gelak seikhlasnya.supaya aku dpat melupakan sepedihan ini.spy aku dapat meredakn kekecewaan yang kian memnuhi lubuk hati.biarkan aku jauh berlari meninggalkan kenangan.agar aku xmenangis lagi.kala malam tba..

03.23.09

eh, bukan student la.ktorang wt part tyme kat mcd, kfc ngan hayaat tu..ngah tnggu shift ktorang la ni..

Posted in aktiviti, fwenship at 5:38 pm by jac

haha.first word yang kua after sebulan aku xupdate blog. almaklumlah student kan.assignment bnyk..stadi untuk quiz, test, final.. n so on..masa sering menghambat kte..kadang2 aku rase 24 jam tu xckop untuk aku melangsaikan semua kerja pada satu2 masa. selain ketidakcukupan masa dalam sehari, sikap malas seseorang juga harus diberi perhatian.sikap malas seseorang bakal mengundang kerja yang bertangguh dan bakal membentuk gunung di atas meja stadi.haha, poyo la..bosan btol nampak cm bagus ni.

berbalik kejalan yang sebenar. aku secara diam2 nk berterima kaseh yang tak terhingga buat teman2 gadis yang sangat aku cintai..wawawa(T.T).t erharu beb! Ucapan terima kaseh ini adalah bersempena sambutan ulang tahun kelahiran mas yang ke21 n aku yang ke20(perhatian: student cemerlang penilaian tahap satu ok!)..pada pendapat aku, selama 21 tahun(opps) menjengah dunia, aku rasa dis was the best birthday party I ever had.. sangat appreciate ngan ape yg korang buat.aku rase happy gle sampai rasa nk stay je kat ctu..

Persatuan gadis2 pada awalnye bercadang mengadakan majlis bersebelahan klinik lama pda malam jumaat selepas kelas eco kami tamat. Afdal katanya..tp sewaktu kelas ganti traffic dijalankan, farah dan mas telah bebincang melalui lukisan atas meja telah bersepakat untuk mengeluarkan sedikit peruntukan bg pizza untuk santapan bersama2..jadi setelah perbincangan 16 biji mata kami bersepakat untuk overnite di TC.

Beberapa hari kemudian.

Pada malm jumaat, setelah semua gadis bersiap2..satu berita tergempar tersebar dan mengakibatkan sekalian gadis2 terkejut. Ini berikutan kami hanya dapat menyewa stu kereta pada masa itu.dengan sepantas kilat berita tersebar dan semua teman gadis bergegas mencari no kereta untuk disewa. Selepas dapt menyewa 1 kereta, satu lagi masalah tmbul dimana peminjam kereta sebelum kami telah disorok bunian dan gagal menjumpai jalan pulang ke UMP(bukan u sebenar) disamping tak dapat dihubungi.naseb tetap menyebelahi kami apabila berjaya menyewa kerta dlam masa terdekat..tidak dapat dilupakan juga insiden pecah masuk kereta lain berikutan kegagalan mengingati no.plat kereta sewa. Akibat insiden itu, siren kerta tersebut telah berbunyi hingga kami hilang dalam kegelapan menuju ke kuantan..tanpa rasa bersalah langsung..

Destinasi pertama adalah Giant Hypermarket.beli pizza.pada awalnye kami bercadang membeli set3 pizza yang didownload dr internet.tetapi malangnye nafsu buas rakyat kuantan telah mengakibat kan kami gagal mengikut perancangan awal…walwbagaimanapn itu semua bukan alasan kami untuk berpatah arang dengan pizza.kami teruskan niat kami. Seterusnya meredah hujan lebat ke kereta dan menuju TC.setbanya di TC kami berlari2 anak ke satu2 nya pondok bebas yang ada di TC.makanan disajikan tanpa segan silu…akibat tiada di antara kami yang merokok, makanya kami tiada lighter…denagan idea bernas gadis2 salah seorang teman gadis, Intan Diana Yusuf telah dicabar kewanitaannya dengan meminta lighter kepada jejaka2 yang agak bertuah..habuan yang bakal diperoleh adalah ciuman kasih sayng dr kami semua..di pipi. Sesi cabaran berlangsung dengan jayanya.

Berikutan hujan yang mencurah telah menyebabkan kami kebuntuan aktiviti.jadi, kami berlari2 anak semula ke kereta dan menuju ke Megamall.hajat dihati untuk menyanyi 2-3belas lagu tebantut apabila mega dikhabarkan terbakar..ini dapat dibuktikan dengan kepulan2 asap yang berkeliaran di sekitarnye. Kami dengan bergaya telah berpatah semula ke TC…alhamdulillah, berkat sembahyang Isyak sebelum kua, hujan telah berhenti..kami sangat bersyukur..kami menggunakan peluang yang ada dengan bermain di gigi aerlaut.. seterusnya kami bermain AEIOU..stop!!acara diteruskan dengan potong kek dan menyantap.kami seterusnya mengisi masa dengan bermain bola tampar pantai.bola tamper ini telah berjaya diseludup dr rumet teman gadis secara rahsia..sangat membanggakan..walaupn kami tidak memakai bikini, namun kehebatan kami tetap terserlah. Perlawanan ini telah dimenangi kumpulan punggung dan disaksikan pengunjung2 TC. Seterusnya gadis2 berehat sambil memakan sekotak pizza dan kek. beberapa teman gadis telah mundar mandir ingin menunaikan seruan alam berikutan tandas rosak dan dikunci.namun hajat akhirnya dapat dilepaskan.melegakan..

Seterusnya, kami bersantai di pinggir pantai ambil termenung dan mendengar lagu bernada melankolik dan mengakibatkan due dr lapan teman gadis karam dilautan. Namun bagaimana pn, pada jam 3 pagi setelah merecharge energy teman2 gadis telah menyambung bermain di aer…acara menangkap gambar menggunakan kamera turut diadakn. penulis yang pd mula nya berkeras enggan menyertai tbe2 terpengaruh dengan mereka.. dan menyertai. Benarlah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. tbe2 teman2 gadis bertindak ganas..rupa2nya mereka telah berpakat untuk membasahkan penulis n mas..ini telah mengakibatkan penulis dan mas berlari 100++ m dan menyebabkan penulis mengimbau zaman2 kurusnya di sekolah sebagai atlet dan layak menyandang jawatan kapten divisyen. Namun walawbagaimana hebat sekalipn, kalw da dikejar 5 org dalam satu  masa pastinya kami tewas..ketua pengganas, syahidah mohd yusoff telah menarek dan menenggelam kn aku kelaut…ditambah pula dengan acara menepung tawar sebelum hari persandngan aku.waaa..

Setelah berjaya melangsaikan niat yang terbuku terhadap kami, kami bergerak pulang ke UMP pada jam 6..walaupn basah lencun dan dipenuhi tepung..penulis n mas tetap masuk ke restoren zaman untuk bersarapan. Demi persahabatan aku telah mengabaikan jelingan dan pandangan jengkel warga pengunjung restoren tersebut. Kami tba di UMP pd pkol 7 pg..berita ketiadaan aer telh menggegarkan jantung kami..penulis telah bergegas mandi.satu rekod yang xpernah dilakukan mandi pada jam7 pagi pada hujung minggu..juga membanggakan..solat subuh gajah n tdo..tanpa penulis sedari masa memng mencemburui apabila penulis sedar jam telah menunjukkn jam 1.15tghhari.juga rekod sepanjang hayat.

Walaubagaimanapn, penulis sangt berterima kasih kepada mereka2 ini atas kesudian anda2 meraikan kami…sayng korang..xpe2, ade ubi ade batas..ade hari kita balas2..off pen…

notahujungkaki:maaf la..1 gmbr je brjaya upload..kalw nk tgk gmbr, pg la blog gadis2 laen k..xpn aku jempt korang datng blek..aku bg korang tgk dalm lptop aku k..sila2..